<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34245590\x26blogName\x3d::..::I+StRaTo7:+tHe+MaN+WhO+RuLes+Th...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dragster7.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dragster7.blogspot.com/\x26vt\x3d-6666958025484429241', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

::..::I StRaTo7: tHe MaN WhO RuLes ThE GaMeS I::..::

Friday, September 22, 2006

Sehelai Selendang

..:: Sehelai Selendang ::..

Sejak dari awal pagi hujan telah turun dengan renyai,seolah-olah menangisi pemergian gadis yang bernama Nadia.Faiz hanya memerhatikan dari jauh sewaktu Nadia diturunkan ke liang lahad,tiada air mata yang mengalir membasahi pipinya lagi.Sudah habis air mata disaat itu.Kedengaran sayup saat talkin dibaca oleh imam,perasaannya sangat hiba dan sedih memikirkan hari-hari yang bakal dilaluinya tanpa kekasih hati yang tiada lagi disisinya.Dia merelakan pemergian Nadia dengan hati yang terbuka dan mengharapkan bahawa Nadia akan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan solehah nanti.Dia memohon kepada tuhan yang wahid itu agar memakbulkan doanya dan berharap dia akan dapat berjumpa dengan Nadia di alam yang lain.Itulah impian dan cita-citanya....lalu dia mengenggam tangannya dengan seribu keazaman.

Mereka yang telah pergi tidak akan kembali lagi! Dia amat mengerti akan maksud ayat tersebut apatah lagi mahu menidakkannya.Setelah selesai pengebumian dijalankan,dia segera berjumpa orang tua Nadia untuk mengucapkan ucapan takziah dan menyampaikan amanat dan pesanan yang terakhir oleh Nadia kepadanya tika dia berada disisi Nadia sebelum menghembuskan nafas terakhir.Bapa Nadia memeluknya dengan erat dan mengucapkan terima kasih di atas jasa dan budi baiknya menjaga Nadia sebelum ini.Hanya sebuah senyuman yang manis mampu dihadiahkan kepada kedua orang itu,lalu dia berjalan pergi menuju ke keretanya untuk pulang.

Didalam perjalanan pulang,sengaja dia memasang cd Various Artistes - Nasyid No. 1 dan menekan punat butang pada remote control yang tertera nombor 2 itu.Saat itu... kedengaran suara Ustaz Asri mengalunkan lagu "Pergi Tak Kembali" yang telah memenuhi setiap ruang didalam keretanya itu.Sengaja dia memilih lagu tersebut untuk melayan hati dan perasaannya.Setiap bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu itu direnungi dengan maksud yang amat mendalam.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Masih terngiang-ngiang suara Nadia memanggilnya dan disambut olehnya dengan senyuman yang manis terukir.Ketika itu,mereka sedang bercuti di bukit tinggi yang aman nan damai.Itulah percutian yang terakhirnya bersama dengan Nadia,sebelum...insan yang dipujanya itu jatuh sakit disebabkan oleh penyakit barah otak.Sudah terlewat bagi dirinya untuk mencari ikhtiar dan penawar bagi merawat penyakit yang dihadapi oleh Nadia itu.Dia lebih merelakan dirinya berada ditempat Nadia dan sanggup menggadaikan nyawa untuk melawan penyakit tersebut.Dia tidak rela melihat Nadia pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.Dia tidak menyangka sekali bahawa Nadia amat perahsia orangnya dan sanggup menyembunyikan penyakit yang dihidapinya itu dari pengetahuan dia dan keluarga Nadia sendiri.Tetapi itulah sifat dan sikap Nadia yang amat dia fahami sejak berada dibangku sekolah menengah lagi.Dia mengakui bahawa Nadia lebih mementingkan kebahagiaaan orang yang disayanginya berbanding dirinya sendiri.

Ketika fikirannya melayang bagaikan layang-layang yang terbang mengikut arah angin itu.Tiba-tiba dirinya baru tersedar dari lamunan yang agak panjang,masa tidak memihak kepadanya kali ini.Belum sempat dia mahu memperbetulkan haluan menerusi stereng kereta yang dikawalnya itu,bunyi dentuman yang amat kuat yang menjemputnya terlebih dahulu.

Alkisah ke-2

Resah dan gelisah Dila rasakan perasaannya tika ini.Dia masih tidak mempercayai dengan panggilan yang diterima sebelum ini.

Dila menyanyi riang sambil mengemas bilik yang sudah rupa hutan belantara pada pendapatnya.Dalam asyik menyusun buku-buku studynya
itu,kedengaran suara George Michael menyanyikan lagu Careless Whisper menerusi ringtone telefon bimbitnya.

I'm never gonna dance again
guilty feet have got no rhythm
though it's easy to pretend
I know you're not a fool

Bergegas dia mendapatkan telefon bimbitnya untuk menjawab panggilan yang diterima itu.Tertera nombor yang agak asing muncul dipaparan
telefon bimbitnya itu.Lantas dia menjawab...

"Hello,who's on the line there?" soal Dila dengan agak tegas.Dia tidak suka diganggu dengan panggilan yang bukan-bukan ketika dia sedang
asyik bersenang lenang dengan hati yang gembira itu.

"Errr....saya Syah,kawan Faiz." Jawab Syah dengan gugup.Dia tidak biasa berhubung dengan perempuan,apatah lagi mahu berdepan dan
bercakap faca to face.Dia amat pemalu dan penyegan orangnya.No wonder lah sehingga kini dia tidak mempunyai kekasih hati.

"Ohhh Syah rupanya,yer...ada apa-apa yang boleh Dila bantu?" Dila menyoal Syah dengan tenang.Dia amat menghormati kawan-kawan dan
kenalan Faiz.

"Ada sesuatu yang mahu saya sampaikan kepada awak....Tapi,saya harap....awak tabah dan sabar menerima berita sedih ini ok!" Syah cuba
untuk memberitahu Dila walaupun keadaan ketika itu dia sendiri tidak mampu menyuarakan.Suaranya seolah-olah tersekat untuk
bersuara,bagaikan ada sumpahan yang menghalangnya untuk memberitahu Dila tentang kemalangan yang berlaku ke atas abang kesayangan Dila
itu.

"Ok,apa yang berlaku ni?" Soal Dila untuk mendapatkan kepastian.Hampir 5 minit Syah tidak bersuara,hanya turun naik nafasnya yang
kedengaran dihujung talian.

"Syah! Cepatlah beritahu...jangan biarkan Dila ternanti-nanti!" Pinta Dila setelah merasakan ada sesuatu yang berlaku kepada abangnya
itu.

Tersentak dengan suara Dila itu,Syah memejamkan mata sambil bersuara...

"Dila.....Faiz telah kemalangan pada tengah hari tadi!" Akhirnya terjawab sudah jawapan yang dinantikan oleh Dila.Dalam hati Syah,timbul jua perasaaan kesal kerana melengah-lengahkan untuk memberitahu perkara buruk itu.Bukan niatnya untuk memperlakukan Dila sebegitu,hanya tuhan sahaja yang tahu betapa seksa suaranya untuk mengeluarkan ayat tersebut.

"Apa!!! Abang Faiz kemalangan?" Saat itu gelap gelitalah dunia yang dihuni oleh Dila.Badannya lemah dan longlai,fikirannya amat kalut
ketika itu.Bagaikan langit gelap yang mahu mengambilnya,sering kali muncul didalam mimpi ngeri untuk mengganggu tidur lenanya.

Keadaan sunyi sepi diruang menanti bilik ICU,keluarga serta kawan-kawan dan kenalan Faiz hanya mampu berdoa dan menanti dengan
sabar.Masing-masing mengharapkan agar Faiz selamat dan berada dalam keadaan stabil pada waktu ini.Hanya jururawat dan kakitangan
hospital sahaja yang sibuk keluar masuk dengan urusan masing-masing.Dila hanya menangis sahaja sejak dari keluar pintu
rumahnya sehingga perjalanan ke hospital,hanya tisu yang menjadi teman paling kanan dan yang amat memahami perasaannya.Dila tidak
sanggup kehilangan Faiz,baginya....Faiz adalah teman dan tempat untuk dia berkongsi segala suka dan duka yang dia alami selama
ini.Walaupun dia dengan Faiz tidak mempunyai apa-apa ikatan tali persaudaraan,sekadar abang angkat....tapi dia menganggap Faiz seperti
abang kandungnya sendiri.Hampir 4 tahun juga dia mengenali dan menjalinkan hubungan dengan Faiz,begitulah istimewanya Faiz dikaca mata
birunya itu.

Lampu merah yang telah lama terpancar di atas pintu itu sejak dari tadi telah pun bertukar warnanya ke hijau.Menandakan pembedahan yang
dijalankan oleh doktor bersama jururawat ke atas Faiz telah pun selesai.Masing-masing menantikan kelibat doktor untuk menanyakan tentang
keadaan sebenar diri Faiz.Dila bersama bapa Faiz terlebih dahulu berjumpa dengan doktor itu setelah melihat doktor tersebut keluar
menuju ruang menanti.

"Bagaimana dengan keadaan anak saya doktor?" Soal bapa Faiz kepada doktor yang sudah berusia itu.

"Anak encik berada dalam keadaan stabil buat masa ini,cuma.... dia masih berada dalam keadaan koma.Apa yang saya harapkan daripada encik
dan rakan-rakannya yang melawat ini,supaya banyak berdoa dan bersabar terhadap apa jua keputusan yang bakal diterima selepas
ini.InsyaAllah! Anak encik akan sembuh!" Itulah penjelasan yang diberikan oleh doktor tersebut sambil menepuk-nepuk ke bahagian belakang
badan bapa Faiz untuk meredakan tekanan yang dihidapi.

"Syukur...Alhamdulillah! Terima Kasih saya ucapkan kepada doktor kerana menyelamatkan nyawa anak saya.Walaupun dia masih tidak sedar
diri lagi,tetapi bagi saya...itu sudah mencukupi.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik tuan." Ucap bapa Faiz kepada
doktor.Bapa Faiz dengan tenang menerima penjelasan yang diberikan oleh doktor sebelum itu.

"Itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyelamatkan nyawa manusia encik,tetapi Allah sentiasa membantu saya dalam apa jua keadaan
yang saya hadapi.KepadaNYA juga lah kita datang dan kepadaNYA juga lah kita kembali." Itulah kata-kata terakhir yang muncul di mulut
doktor tersebut sebelum berlalu pergi meninggalkan Dila dan bapa Faiz disitu.

Dalam kebanyakkan kawan dan kenalan yang hadir melawat Faiz itu,Dila tertarik melihat kelibat seorang gadis mengenakan baju kurung
berwarna biru lembut yang menjadi warna kegemaran bagi abang Faiz.Dia mengakui kecantikkan semulajadi yang ada pada gadis
itu.Tetapi.....dia terpaku dan terkejut melihat selendang yang dipakai oleh gadis tersebut.

"Siapakah gadis yang berbaju warna biru itu?" bisikkan Dila ke dalam hatinya.

Alkisah ke-3

Dengan perlahan Dila menghampiri gadis berbaju kurung biru yang tengah asyik melihat paparan telefon bimbitnya itu.Seperti ada tarikan magnet yang terdapat didalam telefon itu yang membuatkan mata gadis itu tidak berganjak dari tadi.Dila telah pun berada disisi gadis tersebut,sempat juga dia memandang ke arah paparan telefon bimbit motorola V3i yang berwarna pink itu.Tetapi tiada jawapan yang dapat dijumpainya menerusi paparan itu.Hampir 15 minit juga Dila telah memerhatikan gelagat gadis itu,gadis tersebut seolah-olah berada dalam dunianya yang tersendiri.Dia tidak menghiraukan apa-apa yang berlaku disekelilingnya,bagi dirinya....dapat melupakan seketika kesengsaraan hidup yang dialami sebelum ini sudah cukup.Dila cuba mengerti dan memahami setiap tindak tanduk gadis itu,tanpa dia sedari....gadis yang manis berbaju kurung biru itu telah berpaling ke arahnya sambil menguntum sebuah senyuman yang berbunga nan indah itu.Dila membalas dengan senyuman yang tergaris,dia berasa gembira dan tenang kembali melihat gadis itu.

"Boleh saya bertanyakan kepada saudari?" Akhirnya terpancul jua soalan dari mulut Dila untuk menanyakan beberapa soalan kepada gadis itu.Dila cuba mencari kepastian dan menyelesaikan segala kekusutan dibenaknya.

"Ya....boleh,tanyalah...." Jawab dengan lembut dan penuh sopan santunnya oleh gadis itu.

Terkedu Dila mendengar suara yang lembut itu dan terasa rendah dirinya saat itu.Dia merasakan tidak layak untuk berbual dengan gadis tersebut apatah lagi jika dibandingkan dirinya dengan gadis tersebut,amatlah jauhnya bezanya dari segi perwatakan.Dila bersifat agak kasar dan nampak seperti "tomboy".Tetapi jika tidak mengenalinya dengan lebih rapat,pasti itulah jawapan yang sering didengari olehnya.Dia tidak kisah dengan orang dan masyarakat sekelilingnya melabel atau memberikan apa-apa gelaran kepadanya.Bak kata nizam zakaria...."Dila ini umpama "limau nipis",walaupun diluarnya nampak keras atau "brutal" tetapi didalamnya lembut."

"Siapakah nama saudari....dan apakah hubungan saudari dengan abang Faiz?" soal Dila dengan penuh yakin dan tenang.

"Saya ialah Sarah Natasha dan saya merupakan kawan baik kepada Nadia,saya menerima berita sedih ini ketika dalam perjalanan pulang dari kampung Nadia setelah selesai upacara pengebumian dijalankan.Saya berasa amat terkejut dan tidak menjangka sama sekali bahawa akan berlaku dua kejadian yang menyahat hati ini pada hari yang sama" jawabnya dengan lembut sambil air mata mengalir membasahi pipinya.Dengan perlahan dia mengeluarkan tisu dari beg tangannya dan mengelap air mata yang mengalir turun pada bahagian pipi itu.

Terasa sebak dan sedih yang menular dihati Dila ketika itu.Dia merasainya juga kesedihan yang melanda didalam hati gadis bernama Sarah Natasha itu.Siapa yang tidak berasa sedih melihat pasangan kekasih seperti abang Faiz dan kak Nadia mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran yang berliku-liku didalam percintaan ini.Hubungan mereka pernah mendapat tentangan yang hebat dari pihak keluarga masing-masing kerna darjat dan pangkat.Masih ada manusia yang berfikiran kuno pada zaman serba canggih ini.Cinta tidak mengenal usia,rupa dan pangkat! Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk terus menerus menjalinkan hubungan seperti sediakala.Akhirnya ajal dan maut yang memisahkan percintaan dan hubungan mereka.Alangkah bahagianya jika percintaan mereka diakhiri dengan perkahwinan yang sangat gilang gemilang sambil diraikan oleh keluarga,sanak saudara,kawan-kawan dan kenalan mereka di atas pelamin yang serba berwarna biru itu.Tetapi itu semua hanyalah angan-angan dan impian yang sering bermain di fikiran kawan-kawan yang rapat dengan pasangan tersebut.Yang tinggal kini....hanyalah kenangan terindah.Teringatkan kepada kak Nadia,segera Dila menyedekahkan Al-Fatihah dan doa kepadanya.

Dila masih menantikan sebuah jawaban dari Sarah Natasha,tetapi dia tidak berani menanyakan soalan yang agak peribadi bagi diri Sarah itu kerna bukan sifatnya untuk mengetahui hal orang.Lambat laun....dia pasti akan mendapat jawapan disebalik rahsia kewujudan sehelai selendang bersama Sarah Natasha itu.Dia amat mengenali corak dan tenunan yang amat halus yang terdapat pada selendang itu.Selendang tersebut hanya terdapat di kepulauan Indonesia sahaja,Dila amat arif tentang perkara itu kerana dia sering melancong kesana-sini untuk melihat keindahan alam semulajadi yang terbentang luas didepan matanya.Itulah hobinya selama ini,baginya...dapat merakamkan setiap kejadian,pemandangan dan kenangan menerusi lensa kameranya adalah satu kepuasan yang tidak terkata.Kebetulan sehari selepas abang Faiz pulang bercuti dari Pulau Bali,dia telah berjumpa dengannya.Dia pernah melihat selendang tersebut didalam kereta abang Faiz semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya,terdetik juga dalam hatinya untuk bertanyakan kepada abang Faiz tentang selendang itu sebelum ini.Tapi yang menjadi persoalan kepadanya sekarang adalah.... hubungan selendang milik abang Faiz dengan gadis bernama Sarah Natasha itu.

"Apakah rahsia yang tersembunyi disebalik selendang itu?" soal Dila pada hatinya.

Alkisah ke-4

Saban waktu Dila menjadi penanti yang setia di sisi katil Faiz.Dia mahu menghabiskan masa cuti semesternya untuk terus menanti sehingga Faiz membuka matanya.Dia sudah bertekad untuk menanti dan menunggu,dia mahu menjadi orang yang pertama dilihat oleh Faiz ketika sedar nanti.Pada masa yang sama juga,Sarah Natasha telah menjadi pengunjung setia Faiz walaupun Faiz masih berada dalam keadaan koma.Jika ada masa terluang dan tiada kerja untuk dilakukan dipejabat,pasti Sarah Natasha akan menjadi teman kepada Dila.Mereka akan berkongsi kisah suka dan duka yang mereka telah lalui bersama Faiz sebelum ini.Tanpa mereka sedari,serba sedikit pengalaman dan kisah mereka telah menjadi corak-corak yang terdapat dalam sehelai selendang.Sehelai selendang itu ibarat satu kehidupan bagi Faiz,corak dan tenunan yang terdapat pada selendang itu seperti kisah dan pengalaman yang dilalui bersama orang-orang yang disayanginya.Betapa istimewa dan berharganya sehelai selendang itu dalam pandangan mata coklat Faiz.

Dila menceritakan sesuatu kepada Faiz walaupun dia mengerti Faiz tidak mungkin dapat mendengarnya.Dalam keasyikkan dia menceritakan tentang selendang,tangan Faiz mula bergerak-gerak mencari sesuatu dan perlahan-lahan matanya terbuka.Dila yang terkejut dengan apa yang dilihatnya,bergegas keluar mencari doktor dan jururawat.Sejurus kemudian,muncul kelibat doktor muda bersama jururawat menuju ke bilik ICU tersebut.Dila memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi dan di saat itu air matanya mengalir menandakan kegembiraan.Akhirnya doa di makbulkan jua oleh Allah yang maha pengasih dan maha penyayang itu setelah saban hari dia berdoa kepadaNYA.Kini dia berada di luar bilik tersebut sambil menunggu keputusan pemeriksaan doktor ke atas Faiz.Doktor muda itu telah pun keluar dari bilik,Dila dengan pantas meluru ke arah doktor tersebut untuk mengetahui status abangnya yang telah kembali sedar itu.

"Bagaimana dengan keadaan abang saya doktor?" soal Dila dengan bersungguh-sungguh.

"Saya telah memeriksa abang awak tadi,alhamdulillah.....keadaannya stabil buat masa ini.Cuma..." Jawab doktor muda yang tampan memakai cermin mata itu dengan tenang.Tetapi belum sempat dia menghabis ayatnya,Dila telah mencelah dengan menyoal doktor itu lagi.

"Kenapa dengan abang saya doktor? Apa yang telah berlaku keatasnya?" soal Dila dengan suara bergetar-getar.Dia mula merasakan hatinya berdetak dengan lebih kencang seperti enjin jet pejuang mahu ke medan perang.

"Abang awak....masih berada dalam keadaan amnesia" jawab doktor muda itu.Kedengaran keluhan yang penjang dihujung ayatnya itu.

"Apa???" soal Dila seperti tidak mempercayai dengan apa yang didengarinya tadi.Dia amat mengerti dengan perkataan "amnesia" itu kerna pada permulaan abangnya mula sedar dan setelah mata dibuka.Faiz seolah-olah tidak mengenalinya lagi apabila pandangan pertama yang dituju ke arahnya itu bakal membawa kepada satu episod yang baru.

"Abang awak masih memerlukan terapi dan rawatan yang selanjutnya.Oleh itu,saya berharap....awak serta keluarga memberikan sedikit ruang dan jangan memaksa atau memberi tekanan ke atasnya." Doktor muda itu dengan tenang memberi penjelasan dan peringatan kepada Dila sambil berlalu pergi meninggalkannya keseorangan disitu.

Dila kelihatan sugul dan semangatnya telah hilang di balik awan yang menghalang sinaran cahaya matahari yang menerangi bumi itu.Tidak sempurnalah harinya tanpa sokongan dan semangat yang diberikan oleh Faiz kepadanya sebelum ini.Dia terlalu sangat bergantung kepada Faiz selama ini,itulah kesilapan yang besar dilakukan olehnya dan dia harus menanggungnya sendiri.Faiz ibarat pencetus semangat dan sebutir permata yang menyinari hidupnya.Bagaikan bintang di langit yang berkelip memberi cahayanya di setiap insan.Seindahnya pelangi cantik mewarnai bumi menghiasi pentas dunia ini yang dulu kelamlah sinarnya.Faiz sering kali berpesan kepadanya "Kita jangan terlalu rapat dengan seseorang, jangan bergantung harap dengan manusia.Mereka sama macam kita,sama sama kena ada kesedaran.Bergantung pada DIA yang mencipta kita penuh dengan kasih sayang kekal selamanya.".Itulah kalimat yang sering terpancul dari mulut Faiz,katanya....nasihat tersebut sangat istimewa baginya kerna ia adalah dari orang yang amat dia hormati.Selembut suara merdu menusuk dijiwa mengalunkan kata-kata hikmah membajai kekuatan dirinya.Seperti seorang abang yang menasihati adiknya.Dia ingin berjumpa dengan orang yang amat dihormati dan dikagumi oleh abangnya itu satu hari nanti.Itulah yang terdetik di hatinya tika itu.

Kemunculan Sarah Natasha bersama dengan beberapa sahabat dan kenalan Faiz mengurangkan sedikit beban yang dipikul olehnya buat masa ini.Dila telah menceritakan tentang keadaan Faiz dihadapan mereka.Kelihatan di balik wajah-wajah mereka yang hadir itu satu kesedihan amat besar dan ada yang merenung jauh seperti mencari sesuatu yang tidak pasti.Yang pasti,hanya Allah sahaja yang maha mengetahui untuk membaca fikiran dan hati yang berkata-kata dalam tubuh badan bagi setiap manusia itu.Satu kehilangan yang amat besar bagi sahabat dan kenalan yang ada disitu jika Faiz tidak mengenali apatah lagi mahu menyebut dan mengingat setiap nama sahabatnya itu.Faiz merupakan ketua dan abang bagi mereka walaupun ada di antara mereka yang lebih berusia dari Faiz.Fikiran yang matang dan sering memberi nasihat,semangat,sokongan dan apa jua bentuk pertolongan yang diminta pasti akan diberi olehnya.Itulah yang membuat sahabat dan kenalannya itu amat menghormati dan mengagumi diri Faiz.Sahabat dan rakan untuk gelak tawa amat mudah kita menjumpainya,tetapi untuk mencari seorang sahabat dan teman tika kita berada dalam kesusahan dan kesedihan amatlah sukar untuk kita mencarinya.Saat itu telah hadirnya memori dan kenangan di benak mereka dan membawa kepada lagu tema bagi persahabatan mereka selama ini.Lagu "Teman Sejati" alunan suara kumpulan brothers telah meresap masuk ke dalam minda dan jiwa mereka pada tika itu.

Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini padaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Alkisah ke-5

Senja merangkak ke tabir malam.Faiz masih berada di tepi pantai nan indah itu.Deburan ombak laksana tangisan gadis kehilangan kekasih.Di sebalik wajahnya yang tenang itu,terlindung perasaan hatinya yang kini disaluti jeritan kesakitan.Masih terngiang-ngiang peristiwa yang berlaku pada waktu pagi tadi di ruang mindanya.

"Hoi! Sang buaya yang sentiasa mencari mangsa untuk di baham! Siapa pula mangsa kau kali ini hah?" sergah Syafiq kepada Faiz.Sengaja Syafiq berkata begitu kepada Faiz.Dia mahu memerli dan menjatuhkan air muka Faiz dihadapan staff yang lain.

"Kau ni apasal? Tak puas hati lagi ker?" soal Faiz dalam keadaan marah dan bengang dengan sikap Syafiq itu.

"Hahahahahaha! Siapa yang masih tidak puas hati lagi ni? Kau ker aku?" jawab Syafiq memulangkan paku buah keras kepada Faiz.Dia memang tidak berpuas hati sejak dari dulu lagi dengan Faiz.Hatinya diselimuti perasaan marah yang kini membakar dadanya.Perasaan dendam yang ada dalam dirinya juga masih tebal.Dia amat mencemburui dengan kejayaan yang dikecapi oleh Faiz selama ini didalam apa jua bidang.Dendamnya semakin membuak-buak apabila mengetahui Sarah Natasha dalam diam menaruh hati kepada Faiz.Dia tidak rela dan tidak sanggup melihat Sarah Natasha bahagia disisi seterunya selama ini.Dia akan pastikan Sarah Natasha akan menjadi permaisuri hidupnya selepas ini.Dia berpegang pada janjinya itu dan halangan yang berada didepannya pasti akan ditolak dengan mudah.Jika jalannya itu membawa kepada pembunuhan pun dia sanggup melakukannya! Itulah tekadnya.

"Ada ubi ada batas,ada hari boleh balas!" jawab Faiz dengan pantun dua kerat sambil tersenyum sinis seperti mengejek ke arah Syafiq.

Faiz menggenggam jari-jemarinya.Kalaulah diturutkan perasaan marahnya, mahu saja dia melepaskan buku lima ke muka Syafiq di pejabat tadi.Bunyi ketawa Syafiq laksana buluh pecah itu amat menyakitkan pendengarannya.Perasaannya pedih bagai dihiris dengan sembilu pada waktu itu.Walaupun dia berasa hangat hati pada Syafiq,Faiz masih mampu bersabar.Dia tahu,Syafiq memang mahu mencari bunga api dengannya.

Deruan angin seperti orang berbisik.Angin yang sejuk itu mengigit-gigit kulit badannya yang hanya mengenakan T-shirt yang nipis itu.Lambaian daun kelapa laksana jejari melambai.Bulan tersenyum di dada langit.Taburkan sinar terangi di heningnya malam.Sang bulan masih setia menemani dirinya.Faiz masih berada disitu menikmati keindahan malam tatkala itu setiap saat langkahnya disinari cahaya bulan.Dia melangkah sendiri di malam itu hanya untuk mencuri jatuh sinaran cahaya.

Hari dan waktu kian bergulir,Faiz masih merangkak-rangkak mencari sebuah harapan dan kepastian.Ketenangan dalam mencari jawaban perlu ada dalam setiap diri manusia itu sendiri.Jika hati dan jiwa tidak tenteram,bagaimana pula jawapan bagi setiap persoalan itu akan hadir.Walau kehadiran Ayu bagaikan menghiasi hidupnya kembali,pemergian Nadia masih tak dia relainya.Sudah 3 tahun Nadia pergi meninggalkannya,setiap kenangan yang mengusik jiwa dan kalbunya bersama Nadia masih tersemat rapat didalam hatinya.Dia tak merelakan kenangan silam itu pergi jauh meninggalkannya.Cukuplah selama 2 tahun jiwa dan perasaannya terseksa gara-gara amnesia yang dialaminya.Dia amat bersyukur ke hadrat Ilahi yang maha penyayang kerna masih sudi untuk mengembalikan cebisan ingatan yang pernah dia miliki dahulu sebelum terbabit dalam kemalangan yang amat tragis itu.Daun yang jatuh dan hujan yang turun,setiap musibah dan kematian....telah dituliskan.Kini dirinya bagaikan pucuk layu ditimpa hujan.

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Sepanjang dia berada dalam keadaan amnesia itu,keluarga dan sahabat terdekatlah yang banyak membantu dalam usaha untuk memulihkan ingatannya.Sarah Natasha dan Dila merupakan nadi penting yang membawanya kepada keadaan normal dan kehidupan yang pernah dilaluinya ketika masa dahulu.Dia sungguh beruntung mempunyai teman dan adik yang sanggup melakukan apa jua cara dan perkara untuknya.Pelbagai cara dilakukan oleh Sarah Natasha dan Dila untuk membantunya.Segala koleksi gambar,cerita telah dipersembahkan dan destinasi percutian yang pernah dilawatinya juga pun telah dibawa oleh mereka berdua.Tetapi semuanya menemui kegagalan,kecewa dan hampa yang dirasakan oleh Sarah Natasha dan Dila tika itu.Faiz hanya mula sedar apabila ibu yang amat disayanginya menceritakan tentang zaman kecil dan remajanya yang agak nakal ketika itu.Keajaiban berlaku disaat ibunya memeluk dia dengan erat,tika itulah dia terpandang pada selendang yang amat dia minati dan pernah dihadiahkan kepada Sarah Natasha dahulu kini berada dibahu ibunya.Saat itu,segala memori dan ingatannya seolah-olah telah kembali menemui jalan pulang dan telah masuk ke dalam sel-sel otaknya.

Kehadiran gadis yang bernama Ayu telah membawanya kembali kepada erti cinta.Di dalam sebuah cinta,terdapat bahasa yang mengalun indah.Mengisi jiwa...merindukan kisah cinta.Begitulah asyiknya cinta,cinta itu memang khusyuk! Kerna cinta jualah dia hampir kehilangan nyawa yang amat berharga itu.Nyawa bukan mudah untuk ditukar ganti mahupun dijual beli! Hidup ini terlalu singkat jika kita tidak tahu menghargainya.Kehidupan adalah seperti benang yang diputarkan.Jika anda memandang belakang sehari,anda akan tidak menemui jalan pulang.

Di pantai inilah telah membawanya kepada perkenalan dengan Ayu.Setiap hari masanya dihabiskan duduk ditepi pantai sambil melihat pemandangan ciptaan Allah yang maha pencipta.Ayu yang mula menyapanya dahulu dan bertanya tentang dirinya walaupun keadaannya serba tidak terurus tika itu.Permulaaan perkenalannya dengan Ayu hambar pada masa itu kerna dia tidak menjawab segala pertanyaan yang terpancul dari mulut Ayu.Dia masih tidak bersedia untuk berkongsi kisah suka dan duka yang dilalui dengan orang yang tidak dikenalinya.Baginya orang yang cuba mendekatkan diri dengannya tidak akan mengerti mahu pun mengetahui apa yang tersurat dan tersirat tentang kehidupan.Ayu masih sudi untuk menemaninya pada setiap petang dan melihat gelagatnya yang pelik itu.Ayu bekerja di resort berdekatan,masa yang terluang atau selepas waktu kerjanya...pantailah destinasinya.Ayu tertarik dengan kelibat Faiz yang senantiasa berada di tepi pantai dari pagi sampai ke malam itu.Ayu ingin mengetahui apa yang telah terjadi kepada pemuda itu.Ayu ingin menyelami perasaan yang terdapat didalam hati jejaka yang telah berjaya menambat hatinya juga.Cinta pandangan pertama lah yang telah membawa Ayu untuk mengenali Faiz dengan lebih dekat lagi.

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....." itulah ucapan salam penuh dari Ayu yang ditujukan khas buat Faiz.

"Wa'alaikumussalam..." jawab dengan nada yang lemah dan ringkas oleh Faiz.

"Errr....boleh pun jawab salam tu,selama ini....saya beri salam,awak buat x endah jer tau! Saya rasa macam beri salam dengan laut jer" terkedu dan terkejut mendengar suara yang agak garau itu.Mata hatinya bernyanyi riang apabila salamnya disambut buat pertama kali oleh orang yang sangat dipuja selama ini.

"Aku jawab dalam hati jer!" dengan spontan dan tegas Faiz menjawab.Dia berasakan tidak senang dengan usikkan tersebut.Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun apatah lagi melayan kerenah orang lain.

"Alahai.....janganlah marah,saya bergurau jer lah dengan awak.Awak jangan terasa hati pulak dengan gurauan saya tadi.Minta maaf yekk,awak!" jawab Ayu dengan lemah lembut seperti mahu memujuk dan meminta maaf dengan Faiz.

"Saya tahu....saya telah mengganggu awak sekarang ini,tetapi berilah saya ruang untuk menemani awak dan mengetahui tentang diri awak....boleh kan?" Ayu cuba menarik perhatian dan merayu dari Faiz.

"Kau pergilah dari sini! Tiada apa yang menarik tentang diri aku yang malang ini!" jawab Faiz dengan kasar dan biadab.

Tiba-tiba Faiz tersentak dengan tangisan kecil yang sayup kedengaran berhampirannya walaupun deruan ombak memukul pantai lebih kuat bunyinya.Cepat-cepat dia berpaling ke arah kanan,terkejut dia melihat Ayu sedang menangis.Terbit rasa kesal dihatinya dengan perbuatan yang dilakukan ke atas Ayu sebentar tadi.Dia tidak menyangka sama sekali bahawa dia akan menunjukkan sikap yang agak dingin dengan orang yang tidak kenalinya.Angin kuat yang hadir secara mengejut telah menemukan mata mereka.Mereka saling memandang dengan agak lama,renungan mata berwarna coklat itu telah membuatkan hati Ayu tenang.Tersentak dengan perlakuan itu,Faiz segera berpaling dan memandang ke arah lain pula.Dia berasa malu dan tergamam seketika apabila melihat wajah yang Ayu yang kelihatan tenang dan lembut itu.Dia tidak menyangka sekali gadis itu sungguh ayu mengenakan sepasang kurung nan biru itu.Mereka berdua masih disitu sambil melayan mata hati masing-masing.Bagi Ayu pula,bahagia yang dirasanyai saat ini bersama dengan Faiz.

Ayu....... nama yang begitu manis bagi seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang lemah lembut.Nama dan wajah gadis itu kerap kali bermain di fikiran Faiz.Adakah ini dinamakan cinta? Cinta berputik kembali didalam hati Faiz? Setelah kian lama Faiz membiarkan perasaan dan hatinya menjadi beku seperti bongkah2 ais.Tetapi bongkah2 ais itu lama kelamaannya menjadi cair akibat proses luluhawa.Begitulah hati dan perasaan manusia yang keras dan degil itu,lama-lama akan berubah dan mula menerimanya.Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasi, diisikan air, lembut jua akhirnya.

"Cinta amat mahal takrifnya,itulah yang difitrah oleh Allah s.w.t kepada hambanya.Cinta hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal dilihat pada zahirnya.Kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya.Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia ,setia pada yang kasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang menyayangimu.Cinta takkan datang kalau tidak dicari,cinta juga takkan dapat jika tiada siapa yang memberi.Tapi mencari biarlah pada yang sudi,bukan meminta pada yang simpati."

Faiz masih tercari-cari cinta sejati,cinta yang pernah diberikan dahulu pada gadis pujaan hatinya kini telah tiada.Faiz masih cuba membandingkan wajah dan personaliti gadis yang baru dikenali dengan kekasih yang telah pergi itu.Di perhatikan raut wajah Nadia pada potret gambar itu..... dengan lembut jarinya membelai wajah Nadia itu.Faiz memejam matanya sambil hatinya dengan lembut membicarakan lafaz..... "Selamat Tinggal Sayang......." Kata- kata itu akhirnya terbit jua di bibirnya setelah sekian lama dia mendambakan cintanya untuk Nadia.Faiz dengan lemah meletakkan kembali potret gambar itu di atas katilnya.Lalu dicapai iPod berwarna biru itu dan butang play ditekannya.Lagu "Selamat Jalan" dari kumpulan De Java memenuhi ruang telinga Faiz..... dihayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut.

selamat jalan
permaisuri hatiku
semoga damai
hidup keduamu disana

tapi dirimu tak lagi bersamaku
kau telah pergi dan tak kembali
aku rapuh tanpa cintamu
aku haus kasihmu
terlambai tanganku untukmu

selamat jalan
permaisuri hatiku
teriring untaian doa
untuk dirimu

Faiz tersentak dari lamunan yang panjang apabila terdengar ketukan pintu.Faiz dengan lemah terus menuju ke ruang tamu dan membuka perlahan pintu tersebut.Ayu menguntumkan sebuah senyuman yang manis kepadanya,dengan keadaan bersahaja Faiz membalas senyuman tersebut dengan mengenyet matanya kepada Ayu.Tersentak Ayu dengan perlakuan yang ditunjukkan Faiz kepadanya.Tersipu-sipu malu Ayu diperlakukan sebegitu.Ayu dengan lemah lembut memulakan bicara dengan memberi salam kepada Faiz.

"Assalamu'alaikum Faiz........"

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Ayu......." jawab Faiz dengan lembut dan bagaikan ada irama bila disebut nama Ayu itu.

"Faiz sihat? Ayu tgk Faiz sekarang lain macam jer...... Tak macam sebelum ni" soal Ayu.

"Faiz ok jer...... entahlah yekk,Faiz rasa..... Faiz selama ni macam biasa jer...... Ayu jer kot yang rasa lain?" Jawab Faiz dengan sinis dan bersahaja.

"Dia ni betul ke tak,buat-buat soal pulak pada aku" Soal ayu dalam hatinya.

"Ayu memang rasa lain pun taw! Sebab Ayu happy tengok Faiz pun..... nampak.... macam dah berubah"

"Apa yang berubah? Hati ker?" Soal ringkas Faiz kepada Ayu.Sengaja Faiz mengenakan Ayu dengan soal sebegitu.

"Ehh x lah,eeee........ lupakanlah! Lain ayu soal,lain pulak Faiz ni jawab!" Ayu dalam diam merungut.

"Alolololo....... nak bergurau pun x leh...... ayu ni macam budak tecik jer nak merajuk-merajuk taw!" Pujuk Faiz dalam kelembutan.

"Apa! Merajuk? Eeee...... bila pulak Ayu nak merajuk-merajuk ni! Ayu bukan budak tecik taw!" Jawab Ayu dalam keadaan geram.

"Apakah hajat tuan puteri ke mari?" soal Faiz dengan lagak bagaikan Putera Raja zaman dahulu kala.

"Apa kena la pulak dia ni,pelik2 ajer perangai dia ni! Sebelum ni aku tegur dulu,buat x endah jer,bila dah normal,lain betul perangainya yekk" Soal dan rungut ayu didalam hatinya.

"Ayu datang kesini.... sebenarnya nak menjemput Faiz ke majlis..........." belum habis dijawab oleh ayu,dengan pantas Faiz mencelah.

"Majlis Kahwin Ayu yekk?" dengan selamba Faiz menyoal Ayu.

"Bukanlah! Eeeeee.... Nah ambil kad ni,baca sendiri!" Jawab ayu dan terus berlalu pergi setelah memberi kad kepada Faiz.

Ayu tidak tahan melayan kerenah Faiz yang mengada2 itu,makin dilayan..... makin menjadi2 pulak perangainya membuli orang.Begitulah perangai Faiz dari dahulu lagi sejak zaman kanak-kanaknya.Ayu berasa geram dengan Faiz apabila diperlakukan sebegitu,tetapi didalam hatinya terasa lucu dan malu bila mengenangkan kejadian yang telah berlaku,Ayu mula berasa gembira apabila Faiz telah mula berubah dan kembali menjadi seorang yang periang,mungkin itulah sifatnya.Ayu membuat tafsiran sendiri mengenai perangai dan sifat yang dimiliki oleh Faiz itu.

Faiz membuka sampul kad yang berwarna biru lembut itu dengan perlahan dan mengelurkan kad didalamnya.

"Majlis Makan Malam di Resort Bayu"
Jam : 9 malam

Faiz melihat jam tangan Casio Edifice miliknya dengan jarum jam menunjukkan pukul 1 tengahari.Masih ada masa yang panjang lagi untuk Faiz membuat persiapan untuk menghadiri majlis tersebut.Lalu ditutup pintu itu dan kembali ke dalam bilik untuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakainya.Dibuka almari tersebut dan dibelek-beleknya segala pakaian yang ada itu.Faiz mmg seorang yang agak cerewet dalam soal penampilan dan ketrampilan.Sememangnya itulah hasil didikan ibunya yang suka menjaga penampilannya sejak dari sekolah lagi.Tidak hairan apabila sudah besar,didikan yang terima itu akan dibawa sampai bila-bila.

Jam : 8.00p.m
Lokasi : Di Bilik

Faiz capai kemeja Levi's berwarna biru itu dan dipadankan dengan jeans biru Levi's 501 diatas katil.Faiz memakai kemeja dan jeans tersebut dengan gayanya tersendiri.Faiz mengambil perfume CK Obsession Night diatas meja solek dan disembur pada pergelangan tangan dan disapukan pada leher dan belakang telinganya.Faiz memakai jam tangan Casio Edifice berwarna biru itu dan dibelek-belek dirinya pada cermin tersebut untuk melihat penampilan dirinya.Faiz tersenyum manis melihat dirinya sendiri didalam cermin sambil menyikat rambut secara perlahan-lahan.Faiz mengambil handphone diatas katil dan melihat skrin sambil mengangkat keningnya.Faiz kelihatan terkejut setelah membuka inbox message dan membaca.....

From : 012-2222276
03 Jun 2005 8.15pm

"i knew i can trust and love u so much becoz u are the man of my life some who i can die for with ever.i think about i feel like kissing u,ur love is killing me so much honey,what can i do without you honey,u are the best of all i have never in my life,be in love like this before,i know u are the best man i can ever have baby.i trust and love u so much! i will do anything i can all my best to see,i have you forever and for always."

Terkedu Faiz setelah membaca message tersebut! Entah siapa pula yang menghantar message sebegitu kepadanya.Faiz mengunci handphonenya kembali dan menyimpan didalam poket.Faiz tidak memikirkan tentang message tersebut dan menganggap message yang terima itu bukan untuk dirinya.Fikirannya kini hanya untuk bertemu dengan ayu di majlis Makan Malam itu.Perlahan-lahan Faiz membuka pintu dan berlalu pergi meninggalkan biliknya menuju ke Dewan di Bayu Resort.

1 Comments:

Post a Comment

<< Home