Sehelai Selendang : Part 3
Alkisah ke-3
Dengan perlahan Dila menghampiri gadis berbaju kurung biru yang tengah asyik melihat paparan telefon bimbitnya itu.Seperti ada tarikan magnet yang terdapat didalam telefon itu yang membuatkan mata gadis itu tidak berganjak dari tadi.Dila telah pun berada disisi gadis tersebut,sempat juga dia memandang ke arah paparan telefon bimbit motorola V3i yang berwarna pink itu.Tetapi tiada jawapan yang dapat dijumpainya menerusi paparan itu.Hampir 15 minit juga Dila telah memerhatikan gelagat gadis itu,gadis tersebut seolah-olah berada dalam dunianya yang tersendiri.Dia tidak menghiraukan apa-apa yang berlaku disekelilingnya,bagi dirinya....dapat melupakan seketika kesengsaraan hidup yang dialami sebelum ini sudah cukup.Dila cuba mengerti dan memahami setiap tindak tanduk gadis itu,tanpa dia sedari....gadis yang manis berbaju kurung biru itu telah berpaling ke arahnya sambil menguntum sebuah senyuman yang berbunga nan indah itu.Dila membalas dengan senyuman yang tergaris,dia berasa gembira dan tenang kembali melihat gadis itu.
"Boleh saya bertanyakan kepada saudari?" Akhirnya terpancul jua soalan dari mulut Dila untuk menanyakan beberapa soalan kepada gadis itu.Dila cuba mencari kepastian dan menyelesaikan segala kekusutan dibenaknya.
"Ya....boleh,tanyalah...." Jawab dengan lembut dan penuh sopan santunnya oleh gadis itu.
Terkedu Dila mendengar suara yang lembut itu dan terasa rendah dirinya saat itu.Dia merasakan tidak layak untuk berbual dengan gadis tersebut apatah lagi jika dibandingkan dirinya dengan gadis tersebut,amatlah jauhnya bezanya dari segi perwatakan.Dila bersifat agak kasar dan nampak seperti "tomboy".Tetapi jika tidak mengenalinya dengan lebih rapat,pasti itulah jawapan yang sering didengari olehnya.Dia tidak kisah dengan orang dan masyarakat sekelilingnya melabel atau memberikan apa-apa gelaran kepadanya.Bak kata nizam zakaria...."Dila ini umpama "limau nipis",walaupun diluarnya nampak keras atau "brutal" tetapi didalamnya lembut."
"Siapakah nama saudari....dan apakah hubungan saudari dengan abang Faiz?" soal Dila dengan penuh yakin dan tenang.
"Saya ialah Sarah Natasha dan saya merupakan kawan baik kepada Nadia,saya menerima berita sedih ini ketika dalam perjalanan pulang dari kampung Nadia setelah selesai upacara pengebumian dijalankan.Saya berasa amat terkejut dan tidak menjangka sama sekali bahawa akan berlaku dua kejadian yang menyahat hati ini pada hari yang sama" jawabnya dengan lembut sambil air mata mengalir membasahi pipinya.Dengan perlahan dia mengeluarkan tisu dari beg tangannya dan mengelap air mata yang mengalir turun pada bahagian pipi itu.
Terasa sebak dan sedih yang menular dihati Dila ketika itu.Dia merasainya juga kesedihan yang melanda didalam hati gadis bernama Sarah Natasha itu.Siapa yang tidak berasa sedih melihat pasangan kekasih seperti abang Faiz dan kak Nadia mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran yang berliku-liku didalam percintaan ini.Hubungan mereka pernah mendapat tentangan yang hebat dari pihak keluarga masing-masing kerna darjat dan pangkat.Masih ada manusia yang berfikiran kuno pada zaman serba canggih ini.Cinta tidak mengenal usia,rupa dan pangkat! Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk terus menerus menjalinkan hubungan seperti sediakala.Akhirnya ajal dan maut yang memisahkan percintaan dan hubungan mereka.Alangkah bahagianya jika percintaan mereka diakhiri dengan perkahwinan yang sangat gilang gemilang sambil diraikan oleh keluarga,sanak saudara,kawan-kawan dan kenalan mereka di atas pelamin yang serba berwarna biru itu.Tetapi itu semua hanyalah angan-angan dan impian yang sering bermain di fikiran kawan-kawan yang rapat dengan pasangan tersebut.Yang tinggal kini....hanyalah kenangan terindah.Teringatkan kepada kak Nadia,segera Dila menyedekahkan Al-Fatihah dan doa kepadanya.
Dila masih menantikan sebuah jawaban dari Sarah Natasha,tetapi dia tidak berani menanyakan soalan yang agak peribadi bagi diri Sarah itu kerna bukan sifatnya untuk mengetahui hal orang.Lambat laun....dia pasti akan mendapat jawapan disebalik rahsia kewujudan sehelai selendang bersama Sarah Natasha itu.Dia amat mengenali corak dan tenunan yang amat halus yang terdapat pada selendang itu.Selendang tersebut hanya terdapat di kepulauan Indonesia sahaja,Dila amat arif tentang perkara itu kerana dia sering melancong kesana-sini untuk melihat keindahan alam semulajadi yang terbentang luas didepan matanya.Itulah hobinya selama ini,baginya...dapat merakamkan setiap kejadian,pemandangan dan kenangan menerusi lensa kameranya adalah satu kepuasan yang tidak terkata.Kebetulan sehari selepas abang Faiz pulang bercuti dari Pulau Bali,dia telah berjumpa dengannya.Dia pernah melihat selendang tersebut didalam kereta abang Faiz semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya,terdetik juga dalam hatinya untuk bertanyakan kepada abang Faiz tentang selendang itu sebelum ini.Tapi yang menjadi persoalan kepadanya sekarang adalah.... hubungan selendang milik abang Faiz dengan gadis bernama Sarah Natasha itu.
"Apakah rahsia yang tersembunyi disebalik selendang itu?" soal Dila pada hatinya.
Bersambung....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home