<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34245590\x26blogName\x3d::..::I+StRaTo7:+tHe+MaN+WhO+RuLes+Th...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dragster7.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dragster7.blogspot.com/\x26vt\x3d-6666958025484429241', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

::..::I StRaTo7: tHe MaN WhO RuLes ThE GaMeS I::..::

Friday, November 03, 2006

Sehelai Selendang : Part 5

Senja merangkak ke tabir malam.Faiz masih berada di tepi pantai nan indah itu.Deburan ombak laksana tangisan gadis kehilangan kekasih.Di sebalik wajahnya yang tenang itu,terlindung perasaan hatinya yang kini disaluti jeritan kesakitan.Masih terngiang-ngiang peristiwa yang berlaku pada waktu pagi tadi di ruang mindanya.

"Hoi! Sang buaya yang sentiasa mencari mangsa untuk di baham! Siapa pula mangsa kau kali ini hah?" sergah Syafiq kepada Faiz.Sengaja Syafiq berkata begitu kepada Faiz.Dia mahu memerli dan menjatuhkan air muka Faiz dihadapan staff yang lain.

"Kau ni apasal? Tak puas hati lagi ker?" soal Faiz dalam keadaan marah dan bengang dengan sikap Syafiq itu.

"Hahahahahaha! Siapa yang masih tidak puas hati lagi ni? Kau ker aku?" jawab Syafiq memulangkan paku buah keras kepada Faiz.Dia memang tidak berpuas hati sejak dari dulu lagi dengan Faiz.Hatinya diselimuti perasaan marah yang kini membakar dadanya.Perasaan dendam yang ada dalam dirinya juga masih tebal.Dia amat mencemburui dengan kejayaan yang dikecapi oleh Faiz selama ini didalam apa jua bidang.Dendamnya semakin membuak-buak apabila mengetahui Sarah Natasha dalam diam menaruh hati kepada Faiz.Dia tidak rela dan tidak sanggup melihat Sarah Natasha bahagia disisi seterunya selama ini.Dia akan pastikan Sarah Natasha akan menjadi permaisuri hidupnya selepas ini.Dia berpegang pada janjinya itu dan halangan yang berada didepannya pasti akan ditolak dengan mudah.Jika jalannya itu membawa kepada pembunuhan pun dia sanggup melakukannya! Itulah tekadnya.

"Ada ubi ada batas,ada hari boleh balas!" jawab Faiz dengan pantun dua kerat sambil tersenyum sinis seperti mengejek ke arah Syafiq.

Faiz menggenggam jari-jemarinya.Kalaulah diturutkan perasaan marahnya, mahu saja dia melepaskan buku lima ke muka Syafiq di pejabat tadi.Bunyi ketawa Syafiq laksana buluh pecah itu amat menyakitkan pendengarannya.Perasaannya pedih bagai dihiris dengan sembilu pada waktu itu.Walaupun dia berasa hangat hati pada Syafiq,Faiz masih mampu bersabar.Dia tahu,Syafiq memang mahu mencari bunga api dengannya.

Deruan angin seperti orang berbisik.Angin yang sejuk itu mengigit-gigit kulit badannya yang hanya mengenakan T-shirt yang nipis itu.Lambaian daun kelapa laksana jejari melambai.Bulan tersenyum di dada langit.Taburkan sinar terangi di heningnya malam.Sang bulan masih setia menemani dirinya.Faiz masih berada disitu menikmati keindahan malam tatkala itu setiap saat langkahnya disinari cahaya bulan.Dia melangkah sendiri di malam itu hanya untuk mencuri jatuh sinaran cahaya.

Hari dan waktu kian bergulir,Faiz masih merangkak-rangkak mencari sebuah harapan dan kepastian.Ketenangan dalam mencari jawaban perlu ada dalam setiap diri manusia itu sendiri.Jika hati dan jiwa tidak tenteram,bagaimana pula jawapan bagi setiap persoalan itu akan hadir.Walau kehadiran Ayu bagaikan menghiasi hidupnya kembali,pemergian Nadia masih tak dia relainya.Sudah 3 tahun Nadia pergi meninggalkannya,setiap kenangan yang mengusik jiwa dan kalbunya bersama Nadia masih tersemat rapat didalam hatinya.Dia tak merelakan kenangan silam itu pergi jauh meninggalkannya.Cukuplah selama 2 tahun jiwa dan perasaannya terseksa gara-gara amnesia yang dialaminya.Dia amat bersyukur ke hadrat Ilahi yang maha penyayang kerna masih sudi untuk mengembalikan cebisan ingatan yang pernah dia miliki dahulu sebelum terbabit dalam kemalangan yang amat tragis itu.Daun yang jatuh dan hujan yang turun,setiap musibah dan kematian....telah dituliskan.Kini dirinya bagaikan pucuk layu ditimpa hujan.

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Sepanjang dia berada dalam keadaan amnesia itu,keluarga dan sahabat terdekatlah yang banyak membantu dalam usaha untuk memulihkan ingatannya.Sarah Natasha dan Dila merupakan nadi penting yang membawanya kepada keadaan normal dan kehidupan yang pernah dilaluinya ketika masa dahulu.Dia sungguh beruntung mempunyai teman dan adik yang sanggup melakukan apa jua cara dan perkara untuknya.Pelbagai cara dilakukan oleh Sarah Natasha dan Dila untuk membantunya.Segala koleksi gambar,cerita telah dipersembahkan dan destinasi percutian yang pernah dilawatinya juga pun telah dibawa oleh mereka berdua.Tetapi semuanya menemui kegagalan,kecewa dan hampa yang dirasakan oleh Sarah Natasha dan Dila tika itu.Faiz hanya mula sedar apabila ibu yang amat disayanginya menceritakan tentang zaman kecil dan remajanya yang agak nakal ketika itu.Keajaiban berlaku disaat ibunya memeluk dia dengan erat,tika itulah dia terpandang pada selendang yang amat dia minati dan pernah dihadiahkan kepada Sarah Natasha dahulu kini berada dibahu ibunya.Saat itu,segala memori dan ingatannya seolah-olah telah kembali menemui jalan pulang dan telah masuk ke dalam sel-sel otaknya.

Kehadiran gadis yang bernama Ayu telah membawanya kembali kepada erti cinta.Di dalam sebuah cinta,terdapat bahasa yang mengalun indah.Mengisi jiwa...merindukan kisah cinta.Begitulah asyiknya cinta,cinta itu memang khusyuk! Kerna cinta jualah dia hampir kehilangan nyawa yang amat berharga itu.Nyawa bukan mudah untuk ditukar ganti mahupun dijual beli! Hidup ini terlalu singkat jika kita tidak tahu menghargainya.Kehidupan adalah seperti benang yang diputarkan.Jika anda memandang belakang sehari,anda akan tidak menemui jalan pulang.

Di pantai inilah telah membawanya kepada perkenalan dengan Ayu.Setiap hari masanya dihabiskan duduk ditepi pantai sambil melihat pemandangan ciptaan Allah yang maha pencipta.Ayu yang mula menyapanya dahulu dan bertanya tentang dirinya walaupun keadaannya serba tidak terurus tika itu.Permulaaan perkenalannya dengan Ayu hambar pada masa itu kerna dia tidak menjawab segala pertanyaan yang terpancul dari mulut Ayu.Dia masih tidak bersedia untuk berkongsi kisah suka dan duka yang dilalui dengan orang yang tidak dikenalinya.Baginya orang yang cuba mendekatkan diri dengannya tidak akan mengerti mahu pun mengetahui apa yang tersurat dan tersirat tentang kehidupan.Ayu masih sudi untuk menemaninya pada setiap petang dan melihat gelagatnya yang pelik itu.Ayu bekerja di resort berdekatan,masa yang terluang atau selepas waktu kerjanya...pantailah destinasinya.Ayu tertarik dengan kelibat Faiz yang senantiasa berada di tepi pantai dari pagi sampai ke malam itu.Ayu ingin mengetahui apa yang telah terjadi kepada pemuda itu.Ayu ingin menyelami perasaan yang terdapat didalam hati jejaka yang telah berjaya menambat hatinya juga.Cinta pandangan pertama lah yang telah membawa Ayu untuk mengenali Faiz dengan lebih dekat lagi.

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....." itulah ucapan salam penuh dari Ayu yang ditujukan khas buat Faiz.

"Wa'alaikumussalam..." jawab dengan nada yang lemah dan ringkas oleh Faiz.

"Errr....boleh pun jawab salam tu,selama ini....saya beri salam,awak buat x endah jer tau! Saya rasa macam beri salam dengan laut jer" terkedu dan terkejut mendengar suara yang agak garau itu.Mata hatinya bernyanyi riang apabila salamnya disambut buat pertama kali oleh orang yang sangat dipuja selama ini.

"Aku jawab dalam hati jer!" dengan spontan dan tegas Faiz menjawab.Dia berasakan tidak senang dengan usikkan tersebut.Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun apatah lagi melayan kerenah orang lain.

"Alahai.....janganlah marah,saya bergurau jer lah dengan awak.Awak jangan terasa hati pulak dengan gurauan saya tadi.Minta maaf yekk,awak!" jawab Ayu dengan lemah lembut seperti mahu memujuk dan meminta maaf dengan Faiz.

"Saya tahu....saya telah mengganggu awak sekarang ini,tetapi berilah saya ruang untuk menemani awak dan mengetahui tentang diri awak....boleh kan?" Ayu cuba menarik perhatian dan merayu dari Faiz.

"Kau pergilah dari sini! Tiada apa yang menarik tentang diri aku yang malang ini!" jawab Faiz dengan kasar dan biadab.

Tiba-tiba Faiz tersentak dengan tangisan kecil yang sayup kedengaran berhampirannya walaupun deruan ombak memukul pantai lebih kuat bunyinya.Cepat-cepat dia berpaling ke arah kanan,terkejut dia melihat Ayu sedang menangis.Terbit rasa kesal dihatinya dengan perbuatan yang dilakukan ke atas Ayu sebentar tadi.Dia tidak menyangka sama sekali bahawa dia akan menunjukkan sikap yang agak dingin dengan orang yang tidak kenalinya.Angin kuat yang hadir secara mengejut telah menemukan mata mereka.Mereka saling memandang dengan agak lama,renungan mata berwarna coklat itu telah membuatkan hati Ayu tenang.Tersentak dengan perlakuan itu,Faiz segera berpaling dan memandang ke arah lain pula.Dia berasa malu dan tergamam seketika apabila melihat wajah yang Ayu yang kelihatan tenang dan lembut itu.Dia tidak menyangka sekali gadis itu sungguh ayu mengenakan sepasang kurung nan biru itu.Mereka berdua masih disitu sambil melayan mata hati masing-masing.Bagi Ayu pula,bahagia yang dirasanyai saat ini bersama dengan Faiz.

Bersambung.....

Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
Ohhh...ohoooo

Dihari yang berbahgia ini
Hati ku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama dengan ku..ohhohooo

Tiada bisikkan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih ku rasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam denganku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rinduku..ohhohooo

Tiada bisikkan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih ku rasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam denganku

Ohhh....ohoooo


Download MP3 : Click Here (Ctrl+Click Here)

Listen : Click Here