<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34245590\x26blogName\x3d::..::I+StRaTo7:+tHe+MaN+WhO+RuLes+Th...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dragster7.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dragster7.blogspot.com/\x26vt\x3d-6666958025484429241', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

::..::I StRaTo7: tHe MaN WhO RuLes ThE GaMeS I::..::

Thursday, July 30, 2009

::..:: StRaToHoLiC Part 2 ::..::

Tenang jer mata ni bila dapat tgk pelangi time waktu ptg sambil duk "mengeteh" ni,huhuhu! Actually this year n this month plg gila kerja sana sini,rasa mcm nak tercabut segala urat saraf di kepala otak ku ini,huhuhu! Mcm² cabaran & dugaan yg terpaksa StRaT lalui hmpr 2thn ni,rasa begitu pantas masa berlalu skrg ni kan.Pejam celik kejap jer dah nak hmpr ke penghujung tahun.Sebut time puasa & raya ni,mmg sukar sesgt la nak berkumpul dgn family buat masa ini.Rasa dah lali jer bila bz dgn tugas & tanggungjawab yg amat berat perlu dipikul skrg ini.Well,semua ada hikmahnya disebalik sesuatu kejadian & peristiwa yang berlaku itu kan? =)


Pic diatas ni time last weeks StRaT terlibat dgn penugasan diluar,time ni kat area Sg. Emas,Kahang,Mersing,Johor.Tmrw StRaT akn terlibat dengan penugasan di KL pula (maybe byk ler roadblock sana sini ) huhuhu!

Tuesday, July 21, 2009

Sehelai Selendang Part 8

..:: Sehelai Selendang :: Part 8 ::..

"Janganlah kita tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang"

Saat itu juga air mata Sarah mula mengalir mengenangkan nasibnya,perlahan-lahan dia mengusap airmata yang mengalir.Tiap saat dia menghitung kerinduan terhadap Faiz…... airmata mengalir lagi.Air mata ibarat hujan yang jatuh dari langit pada lahan hati yang tandus.Sarah masih teringat segala peristiwa yang berlaku pada malam itu,tidak sanggup dia melihat kemesraan diantara Faiz dan Ayu ketika itu.Hancur lebur hatinya melihat gelagat sepasang kekasih itu.

Burung berkicauan dengan melodi dan irama yang indah. Angin bersiul lembut meniup kawasan hutan tebal yang indah ini. Terdengar deruan percikan air sungai yang tersusur di celah-celah batu-batuan yang besar. Semuanya seolah-olah orkestra rimba yang menenangkan dengan keindahan muzika gubahan ilahi.

Faiz memandu satria gti dalam keadaan tenang sambil membuka sebuah kotak kayu yang begitu unik ukirannya.Terdapat sebentuk cincin dimana batu tersebut berwarna "soft blue" bersama "silver bracelet".Faiz mengambil nota yang berada dibawah kedua2 tersebut dan membacanya.

"Ayu.....

Untuk Pujaan Hatiku Faiz,

Terima kasih ayu ucapkan kepada Faiz kerana sudi menjadi teman dan kawan baik ayu.Terimalah hadiah ini sebagai tanda persahabatan kita dan diharapkan perhubungan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Ayu yang merinduimu....... "

Faiz tersenyum membaca nota yang ditulis oleh ayu,perlahan-lahan Faiz menyarung cincin tersebut pada jari manis sebelah kiri tangannya dan memakai "silver bracelet" pada waktu yg sama.Dibelek2nya hadiah pemberian ayu itu,sungguh gembira hatinya.Sangat bermakna hadiah tersebut bagi dirinya saat itu.Terngiang2 satu suara yang amat dikenalinya dahulu...... ketika itu fikirannya terkenang peristiwa Nadia memberinya sebentuk cincin berwarna merah.Masih wujud cincin pemberian Nadia itu di jari manis sebalah tangan kanannya.Faiz tidak akan sesekali menanggal cincin tersebut untuk digantikan dengan yang lain.Itulah satu2nya hadiah pemberian Nadia yang amat dihargainya kerna cincin itu ibarat sebuah cinta yang sejati bagi dirinya bersama Nadia.




Faiz mencapai sekeping cd lagu albumnya bertajuk "Truth, Cry & Lie",lalu dimasukkan cd tersebut ke dalam cd player dan ditekan no. 3 pada remote control.Lagu Sandaran Hati by Letto menjadi pilihan untuk menemani perjalanannya ketika itu.

Teringat ku teringat
Pada janjimu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Jika kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang kau mau
Benarkah ini jalanmu
Hanyalah engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirmu
Dalam gelapnya
Malam hariku

Sedar atau tidak,perjalanan yang jauh itu telah sampai ke penghujungnya.Destinasi yang dituju telah hampir tiba,Faiz membelok strereng keretanya disimpang jalan 3 menuju ke taman Villa Damansara.Tiba dihadapan rumahnya,Faiz menekan remote control dan dihalakannya pada pintu gerbang tersebut lalu terbuka pintu itu perlahan-lahan.Sudah agak lama Faiz tidak kembali rumah itu sejak cutinya dihabiskan di negeri pantai timur.Dengan perlahan Faiz mengambil kunci didalam poketnya dan membuka pintu rumahnya dengan menghembus nafas tanda keletihan.Dibelek2nya surat-surat yang terdapat didalam peti tersebut.Lalu dilayangkan badannya diatas sofa yang empuk itu sambil membuka surat-surat tersebut dan membacanya.Tiada perkara yang menarik baginya.Faiz bangun dan menuju ke tangga untuk pergi ke biliknya ditingkat atas rumah tersebut.

Lalu ditanggal baju kemejanya itu dan digantung pada tepi katil.Faiz mengambil beg dan mengeluarkan lappy dan membukanya.Seperti biasa,Faiz akan online dan akan memeriksa inbox e-mailnya didalam gmail.Dibelek-beleknya satu persatu e-mail yang diterima dan membacanya.Peti inboxnya hampir penuh jika tidak dibuka sekian lama.Ada sahaja e-mail yang diterima dari kalangan kawan mahupun kenalan di alam maya.Kenalan-kenalannya terdiri dari kenalan zaman sekolahnya dan zaman study dulu.Ada juga kenalan yang baru dikenali melalui friendster,myspace dan pengunjung blognya.Pasti akan ada e-mail yang menarik perhatiannya setiap kali dibuka.Ada yang mahu mengenali dirinya secara dekat dan ada yang mahu bercinta dengannya! Faiz hanya mampu tersengeh dan ketawa sahaja setelah membaca e-mail dari secret admirenya itu.

Faiz terpandang pada satu e-mail yang menarik perhatiannya.Lalu dibuka dan dibaca.

Hmm….orang pertama yg dima sanjungi,admire…tapi kehadiran dima mmg mencurigakan,kewujudan yg tanpa di duga…. tak tau nak kata apa…tapi dima kena teruskan sebab dima nak faiz tahu,dima menghargai segala2nya.walaupun pedih,dima terpaksa telan.faiz..kita tetap kawan kan…?penghargaan terbesar dima adalah kepercayaan dari faiz.terima kasih..hingga ini,dima tak tahu salah dima,mungkin dima bersalah dan dgn itu,harap dapatlah memaafkan dima,dari hujung rambut hgga hujung kaki,ape je kesalahan dima,biar dapat dima pergi dgn ketenangan….trima kasih sudi mengambil berat diri dima satu ketika dulu….faiz baik hati,istimewa,semua org syg….take care….lepas ni dima tak ada lagi bersama2 …syang faiz…rindu faiz… Masa utk dima terlalu singkat….kalau nak persoalkan tentang diri ni mmg tak puas hidup…..faiz….."D dima akan "tidur cun2,tidur comel2……"

Faiz termenung seketika setelah membaca e-mail tersebut.Kenalan yang baru dikenali dalam waktu yang singkat.Kehadirannya dalam keadaan yang mencurigakan dan menyapa Faiz didalam chatbox website fan club.Faiz cuba mengingati kembali saat-saat dia mengenali gadis yang mengguna nick "Selendang Delima" tersebut.Begitu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang perkenalan dengan gadis itu.Sehingga kini,masih timbul segala persoalan di benak fikiran Faiz tentang asal usul gadis tersebut.Hajat dihatinya untuk menemui gadis tersebut tidak kesampaian.........

Bersambung.......

Actually StRaT amat bz pada this week & next weeks,hope if diberi kelapangan masa,blog ni akan di update dari masa ke semasa.Take Good Care Of Urself Ols & Have a Great Day!

Wednesday, July 15, 2009

Award From Cik Ira

3 perkara yg StRaT rasa/fikir/anggap about

Cik Ira

1st. Cik Ira ni peramah & ceria orangnya......

2nd. Cik Ira ni suka sgt dengan warna pink! Pinky!

3rd. Cik Ira ni cute orangnya...... (puji banyak makna ni,hahaha)

Thanks StRaT ucapkan kpd Cik Ira kerna sudi untuk memberi award kpd diriku ini.

::..:: StRaToHoLiC ::..::

Assalamu'alaikum wrt wbt pembuka bicara...... Actually,StRaT so bz & so hectic dengan kerja selepas pulang dr kampung last weeks.Sempatla balik ke kampung dengan langkah kanan memungut hasil buah²an yang ada.Tak terlarat nak ambil sumenyer,alhamdulillah mcm² buah²an ada kat kebun & dusun,kenyang duk mkn buah pulasan,rambutan,mata kucing,durian,langsat,manggis n etc.Meriah & tenang jer duk kat kampung tu.Habis jer cuti,msk ofis trus dengan lambakan kerja yg melampau,hehehe! Mujur......alhamdulillah,kerja² yg diberikan dapat disiapkan mengikut standard yang dimahukan.Kira ok la jd graphic designer duk buat logo n mcm²,sempat jgk jd urusetia utk pertandingan futsal.Akhirnya semua berjalan dengan lancar =)

Hampir 3 weeks jugakla,StRaT duk perhatikan jer kupu-kupu yang sudi menemani StRaT tiap² tgh malam till awal pagi.Heran jgk..... rajin berbenor kupu-kupu ni duk singgah kat bilik StRaT.Tertanya-tanya juga,kupu-kupu ni duk jd spy ker? HuHuHu! Apa maknanyer yekk? =)

Artist: Bintang
Title: Bintang Bintang

Download MP3 : Click Here

Sesungguhnya
Hati ini hanyalah untukmu
Tiada lain selain kasihmu
Bawa aku ke dalam duniamu

Tak kumengerti
Betapa tulus cinta yang kauberi
Mengelus hati menggores sukmaku
Dan tak kan kubiarkan kau pergi dariku

Kuingin terbang bebas bersama bintang-bintang
Taburkan sinar terangi di heningnya malam
Saling berbagi rasa, larut dalam suasana cinta

Tutur katamu
Bangkitkan gairahku untuk mencintaimu
Hapuskan segala beban di jiwaku
Luluhkan hatiku

Tak kumengerti
Betapa tulus cinta yang kauberi
Mengelus hati menggores sukmaku
Dan tak kan kubiarkan kau pergi dariku

Kuingin terbang bebas bersama bintang-bintang
Taburkan sinar terangi di heningnya malam
Saling berbagi rasa, larut dalam suasana cinta

Kuingin selalu bersama

Wednesday, July 01, 2009

Thanks 4 da wishes of my besday!

StRaT happy dengan gift perfume Escada Sentiment kali ni,Thankz my dear....HuHuHu!

Letih hang out selama 5 hari ni,bermula di Melaka,jln2 n shopping at MP & DP,then hang out till late nite at Times Square & Cynna,KL.Lastly will be at JB! This Weekend back to my hometown at rembau,n.9! Yuhuuu! Act,bulan June ni penuh dengan segala kenangan mengusik jiwa dan kebz-an kije yg melampau,HaHaHa! Bz menjelajah ke luar negeri sana sini dan dengan kije2 as graphic designer.... Fuhh! Mujur sumenyer ok n gorgeous works!

Sehelai Selendang Part 8 will be update later.....