<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34245590\x26blogName\x3d::..::I+StRaTo7:+tHe+MaN+WhO+RuLes+Th...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dragster7.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dragster7.blogspot.com/\x26vt\x3d-6666958025484429241', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

::..::I StRaTo7: tHe MaN WhO RuLes ThE GaMeS I::..::

Tuesday, June 16, 2009

Sehelai Selendang Part 7

..:: Sehelai Selendang :: Part 7 ::..

Jam : 9.00p.m
Diluar Dewan Bayu Resort.

Faiz memerhati tetamu yang hadir melangkah masuk ke dalam dewan.Matanya memerhatikan keadaan di luar tersebut.Hatinya sungguh tenang dan membiarkan hatinya berbicara tentang keadaan yang bakal berlaku selepas ini.Matanya mencari sesuatu yang sangat ingin dilihat olehnya pada malam ini.Faiz mahu melihat wajah pujaan hatinya yg bernama ayu itu.Faiz berharap ayu akan memakai sepasang baju kurung berwarna biru lembut yang menjadi warna kegemarannya itu.Ternyata tekaan hatinya itu benar dan tepat,tanpa disangka-sangka ayu telah muncul dihadapannya.Terkedu dan terkejut Faiz melihat penampilan ayu yang kelihatan sungguh anggun dan menawan.

Ayu menyapa Faiz. "Assalamu'alaikum........ Faiz ok ker malam ni?

Jawab Faiz dengan lembut.... "W'alaikumussalam wrt wbt ayu.... Ermm Faiz ok jer,well.... nak puji byk2 boleh?"
Sengaja Faiz mahu menyakat ayu.

"Nak puji apa pulak? Huh!" Jawab ayu dalam keadaan geram.

"Amboi...... nak puji pun x boleh...... ayu ni......... " Jawab Faiz dengan selamba.... belum sempat dihabiskan kata-katanya... ayu telah mencelah.

"Ayu ni apa??" Soal ayu dengan tegas

"Ayu ni cantik dan ayu jer malam ni taw............ " Jawab Faiz dengan lembut dan getaran disuaranya.

"Terima Kasih!" Jawab ayu sambil mengetap bibirnya.

"Alolololo......... garangnya pulak! Bagi pujian pun nak marah2........ Ayu.... ayu.... jom kita masuk kita dalam dewan!" Jawab Faiz dengan lemah lembut dan mengajak ayu menuju ke dalam dewan.Faiz dengan tanpa rasa segan silu telah mengenggam lembut tangan ayu dengan erat.Ayu terkedu dengan perlakuan Faiz tersebut dan membiarkannya.

Faiz merasakan ada sepasang mata memerhatikannya dari jauh di luar dewan itu.Faiz mengambil tindakan yang pantas dengan mengajak ayu masuk ke dalam dewan lebih awal untuk mengelak daripada terserempak dengan sesorang itu.Siapakah gerangan orang itu? Bisikan dalam hatinya.

Hp Faiz berbunyi,dengan perlahan Faiz mengeluarkan dari poket seluar dan dengan pantas Faiz membuka inbox msg dan membaca msg tersebut sambil dahinya berkerut.

From : 012-2222276
03 Jun 2005 9.15pm

"i luv u so much! i just can't wait to be with the man i luv so much! If i can't have u maybe i will die bcoz now i just can't stop loving u with all my heart!"


Faiz memerhatikan keadaan disekelilingnya dan mahu mencari orang yang menghantar msg tersebut.Dia berasakan orang yang menghantar msg tersebut pasti ada didalam didewan ini dan firasat didalam hatinya turut mengiyakannya.Fikirannya dengan pantas berfikir dan mencari sesuatu jawapan yang belum pasti itu.

Sarah Natasha memerhatikan gelagat dan kelakuan Faiz dari jauh.Cinta Sarah Natasha terhadap Faiz amat mendalam,dia sanggup melakukan apa jua untuk berebut cintanya dari mana-mana gadis yang cuba untuk rapat dengan Faiz.Sarah Natasha telah lama menyimpan perasaan cintanya terhadap Faiz tetapi perasannya itu terbantut dipertengahan jalan setelah mengetahui bahawa kawan baiknya Nadia terlebih dahulu mencintai Faiz.Sarah Natasha telah merelakan cintanya itu dipendam dalam hati dan merelakan insan yang dicintai itu bahagia dengan kawan baiknya.

Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu

Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah pahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku

Hati siapa yang tidak sakit melihat pujaan hati berbahagia dan bergembira dengan gadis pilihannya.Tetapi perkara itu semua sudah berlalu,kini tiba masanya untuk Sarah Natasha menebus kembali kehampaan dan kekecewaan yang pernah menimpa dirinya.Sarah Natasha tidak pernah mendoakan kawan karibnya Nadia pergi terlebih dahulu untuk dia merebut kembali cinta dari Faiz.Tidak terdetik didalam hatinya bahawa keadaan itu akan muncul dihadapannya.

Sarah Natasha memakai sepasang baju kebaya dan dibahunya dipadankan sehelai selendang biru yang amat cantik dengan tenunan yang amat halus.Sehelai selendang yang pernah menjadi milik Nadia dahulu kini menjadi miliknya.Selendang tersebut itu dihadiahkan oleh Nadia kepadanya sebagai tanda persahabatan sebelum pemergiaannya.

Dimeja No. 23 itu,kelihatan seperti pasangan kekasih sedang asyik memandang sesama mereka.Ayu kelihatan seperti puteri yang anggun manakala sang pujaan hatinya seperti putera yang tampan sedang memandangnya dengan senyuman tergaris.

"Faiz ok ker?" Soal Ayu dengan senyuman manis

"Errr.... ok jer...... naper?" Soal Faiz dengan tenang

"Nampak Faiz macam tak selesa jer.........dan seperti berfikir dan mencari sesuatu jer?" Jawab dan soal ayu dengan mengangkat keningnya.

"Ehhh x ada apa2 la.... Manader Faiz fikir apa-apa pun taw! Faiz ingat ayu........jer sekarang ni" Jawab Faiz dengan selamba dan sempat mengenyet matanya pada ayu.

"Yelaaa tu........ entah buaya entah katak,entah ya entah tidak ingat kat ayu jer! Huh!"

"Betul.......... Faiz sekarang siang dan malam duk teringat kat ayu jer......."

Majlis didalam dewan itu berlangsung dengan keadaan amat riuh rendah dan suasana gembira kelihatan disetiap wajah tetamu yang hadir.Pertandingan karoake,cabutan bertuah, dan bermacam2 acara dijalankan sepanjang majlis tersebut.Ternyata majlis itu mendapat sambutan yang hangat dikalangan tetamu.Faiz dan Ayu berasa sangat terhibur melihat gelagat tetamu yang menceriakan suasana majlis itu dengan pelbagai gaya dan ragam.

Didalam kesibukan tetamu menjamu selera hidangan yg dihidangkan.MC telah mengumumkan nama Faiz secara tiba-tiba untuk menjemput Faiz menyampaikan sebuah lagu yang diminta oleh sesorang.Faiz sangat terkejut apabila MC mengumumkan namanya.Didalam keadaan terkesima dan terkejut,Faiz dengan perlahan bangun dari tempat duduknya dan membisikkan sesuatu ke telinga ayu.

"Faiz akan nyanyikan sebuah lagu untuk ayu..........." Bisik Faiz dengan lembut ke telinga Ayu.

Dengan perlahan Faiz berjalan menuju ke pentas dan mengambil sebuah gitar dan dengan keadaan tenang Faiz duduk di atas kerusi yang disediakan.Faiz memperbetulkan keadaan posisi gitar dan microphone tersebut.

"Selamat Malam saya ucapkan kepada semua yang hadir........... dan lagu ini saya tujukan kepada semua dan khasnya kepada gadis yang bernama Ayu" Ucapan yang sangat bermakna diucapkan oleh Faiz.

Petikan gitar telah berbunyi dan Faiz menyanyikan lagu Senyumanmu

Indah matamu derai rambutmu
Menunjukkan itulah keindahan
Yang memberikan bentuk senyuman
Sebentuk usapan kepada hati

Sinar wajahmu lembut katamu
Seperti nyaman ku menggubah dunia
Kian terasa begitu hampa
Semuanya sirna tanpa cinta

Ku temukan arti kerinduan
Dan ku mengerti yang ku cari

Kau bukanlah cantikmu yang ku cari
Bukanlah itu yang aku nanti
Tetapi ketulusan hati yang abadi
Ku tahu mawar tak seindah dirimu
Awan tak seteduh tatapanmu tetapi
Ku tahu yang ku tunggu hanyalah senyumanmu

Part 1-6 : Click Here

1 Comments:

Post a Comment

<< Home